Sunday, 28 October 2018

Ar

permataku yg hilang https://naieshyahhani.blogspot.com/2015/05/permataku-yg-hilang.html

Saturday, 4 July 2015

CERPEN: SESAL...SEPANJANG HAYAT


SESAL ....SEPANJANG HAYAT

01/03/2015

Kategori : Cerpen

Oleh : Nurnaieshyahhani

Di penggelangan tangan seorang lelaki kacak seutas jam berjenama Rolex menunjukkan hampir ke pukul 9 pagi.Dia pasti sekejap lagi seorang perempuan yang sederhana tinggi dan ramping akan turun dari sebuah MPV mewah.Iya! perempuan itu akan turun didepan bangun GMK Holdings

Bingo! Tepat sekali kereta yang dimaksudkan itu berhenti betul-betul didepan bangun itu.Perempuan yang dimaksudkan keluar dari kereta mewah yang dinaiki.Perempuan tadi menjenggahkan kepalanya kedalam tingkap cermin depan untuk mengucapkan terimakasih dan memberikan arahan selanjutnya pada drivernya,"Pak Man nanti tak payahlah jemput" Drivernya mengangguk tanda faham akan arahan puannya itu."Baiklah puan!" balas Pak Man.Usai itu perempuan itu ketepi.Dia masih berdiri di situ sambil membetulkan jubahnya yg labuh setelah kereta mewah yg dinaikinya tadi berlalu pergi.Sebuah kereta yang dari tadi mengekori melaju didepan perempuan itu, perempuan itu terperanjat ,tak sempat nak mengelak!  Kereta itu melanggarnya dan terus melaju pergi! "Alllaaaaahhhhh!!!!!"kalimah terakhir dari bibir perempuan itu di laungkan dengan kuat dan orangramai menoleh kearah perempuan itu ; ada yang terkaku ditempat,ada yang tercenggeng,yg terngangah tak ya nak cerita,yang mengucap ; ramai! Perempuan itu terpelenting!Perempuan itu entah bagaimana sebelum itu sempat mendongak dan matanya menatap tepat kewajah lelaki yang dari tadi memerhatikan dia dari seberang jalan.Perempuan itu dapat melihat senyuman yang bahagia dan puas terpancar dari  mata dan jugak yang terpamer pada bibir lelaki tersebut.Tangan lelaki itu seperti bertepuk.Espressi wajah yang mencerminkan bahawa dia sudah berjaya!

"Yes!!Yes!,at last! At the very long last! Akhirnya aku berjaya!" Lelaki kacak tadi sangat-sangat gembira menyaksikan kejadian itu! Dia segera masuk kedalam kereta mewah BMW series nya.Senyuman dibibir masih meleret diwajahnya.Dia tak lagi menoleh kearah perempuan tadi ,apa yang terjadi sesudah perempuan itu dilanggar lari dia tak mahu ambil peduli.

Sepanjang perjalanan tanpa tujuan ,lelaki tadi senyum-senyum keriangan! Erhhmm!! akhirnya! Baru sekarang dia benar-benar tewas! Ahh! puas hati aku!.Lima tahun aku tunggukan saat-saat ni baru sekarang hajat aku tercapai! Dia berlagu-lagu sambil diselang - selikan dengan siulan penuh kegembiraan.

Talipon bimbitnya tiba-tiba berbunyi"Ery!!Ery!!,Mir kemalangan!"suara dari hujung talian itu sangat dia kenali.Itulah suara daddy,kelam kabut dan kedengaran amat gelisah sekali waktu  memberitahunya keadaan Mir yang sedang terlantar di hospital.

"Iya!,iya! daddy ! Ery kesana segera!"senyuman diwajahnya masih lekat diwajahnya yang kacak itu!Kini tujuannya kehospital pakar pusat bandar.

------------------

Dato Hamzah Azmil yang berada di ruang kecemasan mundar -mandir ,penuh kesedihan dan kegelisahan mengenangkan keadaan  Ammirrah  Allieshya.

Tiinnggg!!.Dato Hamzah mendongak apabila bunyi yang nenandakan pintu lif terbuka!.Expressi  Datok Hamzah terlalu kelam kerana merasa serba salah.Dia tak tahu bagaimana nak menerangkan kepada Ery tentang keadaan Mir!

Zackkery Zulfikery,dia pura-pura cemas sewaktu menghampiri Dato Hamzah ,kononnya dia terkejut dengan berita tentang kecelakaan yang menimpa Ammirrah Alliesya! Bijakkan dia sampai-sampainya daddynya sendiri tak perasan yang dia hanya melakonkan babak  seorang suami yang lagi emosi.

"Daddy, Mir macam mana?."

"Mir masih belum sedar lagi! , Doktor akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan Mir.

"Dah berapa lama Mir dalam ICU ni daddy?"

"Ada dalam sejam lebih!"

"Sudahlah daddy kita doa saja yang terbaik untuk Mir"

Dato Hamzah ngangguk-nganggukkan kepalanya dengan lemah.Dia amat sangat terpukul dengan keadaan Mir yang layu dan longkai.Airmatanya ibarat air muara yang tertumpah pada tebing .Dia cuba sedaya upaya untuk tidak lemah semangat! Surah yassin yang di genggamanan di arah semula depan mata dan sambung semula bacaannya tadi.

Zukfikery  melangkah kearah tingkap cermin yang besar.Dia dapat melihat dibaliknya ada sekujuh tubuh yang masih tak sedarkan diri .Wajah perempuan itu ditatap dengan penuh kebencian.Daddy memang sayang sangat kat perempuan satu ni, tak tahu apalah yang perempuan ni dah buat kat daddy sampai-sampai dengar aje apa yang perempuan ni cakap!.

Aaarrrrgggghhh!!!! ?Ery melaung dalam hati.Dia sangat marah kerana perempuan inilah dia hidup sengsara. Dia memang cemburu kerana daddynya  terlalu sayangkan Mir macam anak dia sendiri padahal Mir  mulanya hanya sebagai  'general worker' daddy ajer!

Tatapan dan tumpuan pada Ammirrah Alliesya beralih dengan tiba-tiba apabila matanya terpandang sesasorang yang dia yakin dia pernah kenal! Mungkin sudah kenal betul.Bila diingat-ingat lagi ,dia pasti itu Mak Munah tapi Mak Munah buat apa kat sini ?Mak Munah kenal ker dengan Mir?Budak tu,budak yang dia dokong tu anak siapa?!

Talipon bimbit Ery tiba-tiba berbunyi dengan segera dia mengeluarkan taliponnya dari poket seluarnya

"Hello!,iya hello!Ery sini!".Ery melangkah beberapa tapak kerana ingin menjauhkan dirinya dari daddy. Dia  tak mahu daddy mendengar perbualannya dengan orang upahannya itu.

"Bos,ni Bukri!,bos ,kita dah buat apa yang bos suruh!"
"Okay guys good job perempuan tu dah terlantar kat hospital !,thanks .Nanti apa-apa aku kol kau balik!"

Dato Hamzah yang tadinya mencari-cari Ery ,setelah melihat kelibat anaknya tu datang mendekat tapi Ery tak sadar kerana sibuk menjawab panggilan yang diterimanya tadi.Dato Hamzah tergamam ketika mendengar perbualan singkat antara Ery dan orang yang berada di hujung talian.Airmata  tuanya mengalih dengan deras,dia tak sangka anaknya Ery telah merancangkan kemalangan Ammirrah.

Ery setelah menutup taliponnya menolih kebelakang dan dia terkejut,daddy sedang memerhatikan dia rupanya,kedua-duanya tergamam.
"Ya Allah Ery!sampainya hati kamu,sudahlah! Ikut daddy !,doktor dah panggil tu.Kita dah tak banyak masa lagi!."
Ery hanya mengnganggukkan kepalanya dan menurut saja arahan daddynya.

Mereka dua beranak cepat -cepat menuju ke unit  ICU di mana Amirrah ditempatkan,sampai saja doktor dan beberapa juruwat sudah disamping!
"Dato,Mir dah sedar tapi nadinya terlalu lemah!.Dato dan encik Zulfikery, ada yang Mir nak sampaikan,silalah."Doktor Farish memberitahu.

Mir yang mamai cuba menjengah sikit .Dia dapati Dato dan Ery ada disamping katilnya.Dia dapati Dato sedang menangis tanpa henti.Dia senyum kelat!
"Awak!"Mir  memanggil Ery, Ery pun maju kedepan.Mir yang mamai sedikit terkejut tika Ery merapatkan wajahnya!
Wajah itu masih lagi segar diingatannya!.Orang yang telah memerhatikan dia dari seberang jalan!
Mir menggeleng-gelengkan kepala beberapa kali,dia tidak mahu percaya namun yang telah terrakam dimindanya itu tak mungkin silap!
Mir yang sudah tak berdaya hanya mampu redho pada Allah,dia hanya mahu dirinya dimaafkan oleh suaminya dunia dan akhirat.

"A..a....wak... maafkan saya !.Halalkanlah  makan minum saya selama ini.Se..se..andainya saya selalu buat awak sakit hati,maafkanlah saya.Saya pasrah dengan ketentuan ini!.". Mir cuba untuk mencapai tangan Ery. Mir terkial-kial tapi mencuba sedaya upaya  nak capai tangan Ery.Ery sepertinya dapat membaca dari gerak gerik Mir dan dia dengan spontan menghulurkan tangannya itu kepada Mir.Tangan Ery dikucup dengan perasaan sangat lega!.
"Awak, saya halalkan segala perbuatan awak kepada saya selama ni. Tolong jaga daddy dan semua yang saya dah wasiatkan kepada awak dengan baik. Suara Mir tersekat-sekat tika itu namun dia berusaha sedaya upaya  untuk menyuarakan hasrat hatinya.
Dato Hamzah yang dari tadi memasang telinga meraung dengan lebih kuat lagi sementara Ery terpingga-pinga tak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Mir tadi.

Nafas Mir  tiba-tiba tenggelam timbul dan kelihatan nafasnya semakin perlahan .Nafas yang terputus-putus membuatkan Dato Hamzah melalak macam budak kecil.Dato Hamzah duduk dekat dengan Mir kerana ingin mendengar dengan jelas apa yang Mir berhajat ingin sampaikan padanya.
"Daddy,maafkan Mir,Mir tak berjaya nak tunaikan hajat daddy tu!Daddy jaga diri baik-baik ya!Tolong jagakan Amil untuk Mir ya daddy!.Daddy tolong jangan biarkan abang sampai dipenjarakan kalau tidak siapa yang nak tolong Mir jaga Mil.Bisikkan Mir itu hanya Dato Hamzah  yang dengar kerana nafasnya tersekat-sekat.Dato Hamzah semakin tak dapat kawal diri ,meraung semahunya!  Tak malu langsung kat orang sekeliling!

"Mir,Mir sabar ya sayang ! Mengucap Mir,mengucap ,Doktor!!!....., nurse !!!.....tolong!!........,tolonglah!!!.....," Dato Hamzah merayu,doktor dan jururawat bergegas ke katil Mir .Dato hamzah ketepi supaya doktor boleh memeriksa pesakitnya dgn  bantuan jururawatnya yg  cekap menangani masaalah.

Ery ,hanya terbatu di situ,kaku menatap Mir.Matanya yang dingin menatap tak berkelip!Tangannya memeluk tubuh erat dan terasa disekeliling hatinya sejuk! Dia Bingung!!

Doktor Farish sudah mencuba sedaya upaya namun ketentuan Allah tak siapa boleh menidakkan yang Mir telah pergi buat selama-lamanya.!

"Sekarang puas hati kamu!"bisik Dato Hamzah ketelinga Ery.Ery terpinga-pinga! Tapi cuba tak mahu menunjukkan apa-apa reaksi!

Doktor Farish menghampiri mereka menghulur tangan berserta takziah.Jururawat  bertugas turut mengucapkan takziah. Mereka meninggalkan dua beranak ni untuk melaksanakan tugas mereka yang seterusnya.

Dato Hamzah segera mendapatkan khimat masjid yang sering dikunjunginya .Ustaz Mansur adalah orang yang Dato Hamzah percayakan untuk mengurus semuanya hingga tuntas.

------------------------------------------------

44 hari kemudian...........

Mesin intercom di picit,"Ery,masuk bilik daddy sekarang!"

"Baik daddy !"balas Zulfikery ringkas!

Zukfikery yang dari tadi sibuk nenyemak fail-fail yang berlambak  sempat menjawap panggilan dari interkom,Ery segera rapikan fail-fail yang berserakkan dan segera ke bilik pejabat daddynya.

Tuk!,tuk!!Ery mengetuk pintu
"Masuk", Dato  Hamzah mendongok setelah pandangannya jatuh pada tetamunya dia bangun dari kerusi dan menuju ke sofa set.Ery seperti faham yang daddy ada sesuatu yang hendak dibincangkan menutup pintu dan menuju ke sofa set yang sama.

"Duduk", daddy arahkan pada Ery,dia menganggukkan kepala.Mata Dato Hamzah membulat besar dan  penuh amarah dan kebencian.
Ery dapat melihat ditangan daddy ada sampul surat besar tapi masih sangsi akan kandungan sampul surat itu!
Eeehhhrrmm!!!....., Ery mencuba melegakan tekaknya,dia tak tahu kenapa dia tiba-tiba merasa gementar dan gugup!.Daddy kemudian mengeluarkan sebuah kotak pen.Ery tercengeng-cengeng!Dia kehairanan!Dato Hamzah lalu meletakkan kotak itu di atas meja disamping sampul surat besar tadi.

Airmata terlihat tergenang didlm mata Dato Hamzah dan sendu nafasnya kala dia cuba menahan sebak.Dia terketar-ketar sebelum dapat melahirkan sebarang perkataan!.Tangannya diletakkan pada dua matanya yg tertutup n tertumpahlah airmatanya dgn agak deras!Dato Hamzah yg tadi berdiri sekarang duduk menghadap Ery.Dia membetulkan jaketnya supaya dia dpt berasa selesa .Wajahnya menatap Ery dgn penuh kemrhan tapi dia sedar Mir tak mungkin dpt dikembalikan kedunia!

Ery pd masa yg sama dlm kehairanan sebaik saja Dato Hamzah meletakkan kotak pen itu diatas meja.
"Daddy mana daddy dpt benda ni?!!"Dia dgn pantas capai kotak itu n bangun dari tempat dia duduk.
"Duduk dulu", jwb Dato Hamzah.Sebak.Airmatanya tak mampu dibendung lagi!
Ery segera ikut arahan.Pelahan dia duduk kembali tapi hati n fikirannya dihantui dgn soalan dari mana daddynya dptkan kotak itu.

Thursday, 21 May 2015

permataku yg hilang

Tittle: Permata Yg Ku Hilang

Karya:Nurnaieshyahhanu

17/02/2015

Bab 08

Lunch hour hari ni tak tahulah kenapa busy sesangat! Nak kata ada promotion tak pulak! Kafe Klastz Clique dah macam nak runtuh dah!punyalah ramainya orang datang mengalahkan ada artislah woiii! Arggghhh!!! Lanntaklah janji profit menggunung!  Ahhh! Bestnya!,mesti  Uncle Fikkrullah kasi bonus lebih sikit!

"Mir,ohh Mir!"
Arhh! Kak Tipahlah tu! Mesti dah panic!Apa taknya busy giller hari ni! Ini mesti barang banyak dah habis ni ,kalau tak dia tak kalut macam tu sekali!

Monday, 13 April 2015

Surat tuk pengarah

https://docs.google.com/document/d/11eCUKp_eS1u7HbLKuZJU9-VPxfMknctvsho8hbML2vM/mobilebasic

Monday, 2 March 2015

SAJAK Kalau Engkau Berkalau

Wednesday , (03/03/2015)


KATEGORI : SAJAK

OLEH: NUR NAIESHYAH HANIA

KALAU BERKALAU

Aku ingin memulakan tapi terasa sumbang
Termatu- matu,acuh tak acuh
Betul atau salah langkah ku itu

Dengar kata kalau ingin mencuba harus berani
Kena yakin baru menjadi
Dari merangkak,berjalan akhirnya berlari
Kalau masih berkalau lagi tak kemana pun
kau dapat pergi

Aku gentar belum pasti,nanti dan nanti
Hari dah makan hari
masih kat situ-situ lagi
Entah boleh menjadi atau tak ke idea ku ini

Ku pohon doa dari illahi
Ku kuatkan semangat dan ku cekalkan hati
ku pulihkan keyakinan diri
Terus juang dan juang lagi
Jangan takut dimaki jangan takut  mati

Sunday, 1 March 2015

Sunday, 1st March 2015

KATEGORI: SAJAK

OLEH: NURNAIESHYAHHANI


RUMAH DEPAN DANAU


Rumah depan danau
Tempat tenang kala fikiran kacau
Persoalan hidup yang buat semuanya bilau
Situasimu sudah tentu galau

Kala dirumitkan dengan cinta yang lagi sengketa
Akal berkira-kira apakah kesudahannya
Perlukah bertahan atau melepaskan dia dengan rela!
Biarlah..
Kau serahkan saja pada tuhan yang Maha Esa

Kau pandanglah kedepan
Kau fikirlah dengan matang
Bila kau dapat jawapan
Kau tahulah itu satu ujian dari tuhan

Duduk santai dianjung ini
Pandangan terlontar jauh kesanubari
Rumah depan danau yang diwarisi
Harta termahal yang  tak terjual beli.